Sultan Johor menerima mengadap Illi Najwa Anuar Hussein Saddique di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada hari ini. foto Royal Press Office

KUALA LUMPUR – Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran perkahwinannya dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lalu masih lagi Islam.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menjalankan siasatan secara menyeluruh.

”Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap baginda Sultan Johor,” katanya kepada Royal Press Office.

Artikel berkaitan:Kerajaan yakin isu Illi Najwa dapat ditangani segera

Illi Najwa dan suami digesa segera beri penjelasan kepada pihak berkuasa

Sultan Johor titah status agama Illi Najwa disahkan

Illi Najwa mohon maaf

Jangan mudah menghukum individu murtad – Dr Zulkifli

Kerajaan minta wanita Malaysia kahwin warga India tampil beri penjelasan

Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Mufti Johor turut mempersembahkan hasil siasatan JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangan.

Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.