Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (tengah) beramah mesra dengan Pengerusi Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA), Datuk Wira Sheikh Othman Rahman (dua kiri) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah (kanan) selepas selesai melakukan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Perladangan Hutan Komuniti Koperasi di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Sektor komoditi negara mendapat limpahan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki tempoh setahun hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, sawit telah merekodkan harga yang paling tinggi dalam sejarahdi seluruh dunia iaitu sebanyak RM4,247.50 setiap tan pada 15 Mac tahun lalu.

Lonjakan harga itu disebabkan oleh pandemik dan juga kekurangan bekalan sangat ketara serta kekurangan pekerja asing yang sebelum ini memeriahkan industri perladangan.

”Ini semua adalah faktor penyebab kepada kenaikan harga yang sangat tinggi dan memberi untung yang besar kepada para pekebun kecil sehinggakan pendapatan mereka naik daripada RM300 setiap tan, sekarang menjangkau RM900 setiap tan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) PPLH Komuniti antara Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA), dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di kementeriannya, hari ini.

Sektor getah juga melonjak besar sehingga 300 peratus melibatkan sarung tangan getah perubatan, menjadikan Malaysia mendapat pendapatan yang besar daripada sektor ini.

Eksport getah pada tahun lalu menyumbang RM48 bilion.

Tambahnya, harga komoditi lain seperti lada hitam, dan koko juga didapati meningkat pada tahun lalu.

”Kementerian itu banyak menerima manfaat atas pelaksanaan PKP pada tahun lalu. Apa yang berlaku selama PKP setahun dan juga pandemik Covid-19 adalah ‘blessing in disguise’ bagi pihak kementerian,” ujarnya.

Kerajaan telah mengumumkan PKP pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Khairuddin berkata, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itu kata menteri tak sama kata tuan kebun sawit.. kalaj dulu dapat 30 ringgit sekarang dapat 300 ringgit sahaja sebulan bukan 300 setan. Yang dapat banyak pun ada tapi tak ramai. Felda plantition penuh gaji dia saja.setiap bulan hasil sawit tak berrambah mana pun. Menteri boleh lah tipu orang lain tapi bukan peneroka felda.

Comments are closed.