Satu platun pegawai dan anggota Polis Gerakan Am (PGA) dari Senoi Praaq, Batalion 3, Briged Utara ditempatkan di Temerloh bagi membantu masyarakat Orang Asli.

KUANTAN – Pelbagai kejayaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menjadikan ia kekal relevan bagi dalam memastikan keselamatan sempadan sentiasa terjamin daripada sebarang anasir yang menggugat ketenteraman negara.

Selain itu PGA juga konsisten dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata, jumlah keberhasilan tertinggi direkodkan pada tahun lepas  membabitkan sebanyak 696 tangkapan berbanding 535 bagi tahun 2019 iaitu peningkatan sebanyak 55 peratus.

Jumlah itu melibatkan rampasan bernilai RM 60,772,642 di mana ia meningkat sebanyak RM 33,469,045.63 berbanding tahun terdahulu bernilai RM 27,303,597.13 sahaja selain daripada rampasan dadah berjumlah RM19,162,351.20

Selain itu, langkah proaktif kerajaan penglibatkan National Task Force (NTF) yang membabitkan PGA dan kolaborasi semua agensi penguatkuasaan sempadan melalui Ops Benteng  ternyata satu strategi yang tepat.

“Ia bertujuan memperkukuh keselamatan sempadan untuk mecegah penularan Covid-19 terutamanya disebabkan oleh Pendatang Tanpa Izin (PATI).

“Sepanjang tahun 2020, PGA berjaya menahan seramai 177 PATI yang cuba masuk secara haram dan 23 tekong yang menceroboh sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Lawatan Kerja Rasmi Sempena Memperingati Penubuhan Briged Tenggara PGA ke 50 tahun di Padang Kawad Markas Briged Tenggara PGA, Kem Bukit Galing, Kuantan semalam.

Hadir sama, , Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang, Datin Seri Dr. Siti Alida John Abdullah dan Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner, Hasan Basri Ahmad Safar.

PGA ditubuhkan 1 Februari 1970 dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) memulakan operasi di Kem Bakri Johor dan Kem Bukit Galing.

Bermula 1 April 1993 bermula pengecilan PPH dan beberapa batalion telah dirombak manakala bermula 1 November 1997 ia dikenali sebagai PGA. – MalaysiaGazette