Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas di Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang merupakan situasi yang menarik untuk dihayati.

Annuar menjelaskan PRU15 itu akan memperlihatkan pelbagai strategi dan formula digunakan oleh semua parti politik semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

“Menarik politik semasa. Masing-masing ada pilihan strategi masing masing. Ada juga tak ikut strategi, tapi ikut MAZHAB POLITIK.

“Formula utk menang ni berbeza dari seorang ke seorang.

“Formula mana lebih menjamin BN menang di situ..BN SOLO?..BN-PN?..BN-PKR?.BN-DAP?..BN -PH..
Saya boleh ramal utk KETEREH..BN-PN,insyaallah menang selesa,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Barisan Nasional (BN) itu berkata, PRU15 kali ini mencerminkan era politik muafakat.

Menurut beliau, ia jelas diperlihatkan dalam tiga kaji selidik yang diterajui beliau untuk 160 daripada 222 Parlimen.

Kajian sejak April 2020 itu, katanya, memihak kepada politik muafakat.

“Ada juga saya buat research 3 kali (April 2020, October 2020, Februari 2021) utk 160/222 kawasan(tak termasuk 31 di Swak..dan 31 kubu DAP)…result nya jelas dan konsisten.

“PRU15 adalah era politik muafakat..politik gaduh dan politik perpecahan bakal di bayar dgn harga yg mahal sekali,” katanya.

Muafakat Nasional ditubuhkan oleh Pas dan UMNO pada 2019 setelah setahun BN hilang kuasa memerintah Putrajaya pada Mei 2018. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ohhh mmg boleh menang kalau bawah MN..PAS+UMNO…tp bila masuk katak2 musibat dalam Bersatu tu, yg tu lah buat spoil tu..ni nak tanya Nuar Musa ni..parlimen Jeli tu UMNO kena sedekah kpd katak kah? ker mcm mana…nampak sangat dlm otak ko ni bukannya perpaduan Melayu tp mcm mana nak gunakan UMNO utk kuasa…UMNO jer blh selamatkan jawatan menteri ko..cuba UMNO tu parti nyamuk mcm Putra..ada ko kesah? Ko nak bertanding kat Ketereh tu atas tiket apa? Ko belum tentu dicalonkan oleh UMNO..baik ko isi borang Bersatu cepat2.. musibat betul ko ni…

Comments are closed.