Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri bergambar dengan penerima-penerima surat setuju pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Tender Projek-Projek di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR)menyerahkan Surat Setuju Terima Tender (SST) tujuh projek di bawah pelaksanaan kementerian itu dalam usaha merancakkan ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, melalui penyerahan SST kali ini, kerajaan menyuntik peruntukan berjumlah RM528 juta bagi nilai keseluruhan bagi kesemua projek tersebut.

Beliau berkata, mengambil kira faktor nilai gandaan melaksanakan projek itu terhadap impak ekonomi, ia boleh mencecah hingga RM1 bilion yang melibatkan pelbagai rantaian.

“Selaras dengan tujuan KKR dalam menyediakan infrastruktur perhubungan jalan raya yang selamat dan pengguna bagi pengguna, pembinaan jalan raya baru jajaran Central Spine Road (CSR) dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Raub Pahang sepanjang 15 kilometer (km) yang akan dilaksanakan.

“Pengguna jalan raya di sekitar Bandar Raub dan Kuala Lipis bakal menikmati laluan yang menjimatkan masa dan jarak pemanduan melalui pembangunan jalan berkembar empat lorong ini mengikut piawaian JKR R5,” katanya.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri semasa hadir pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Tender Projek-Projek di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2021.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan SST di sini hari ini.

Fadillah menambah, SST itu turut melibatkan sebanyak enam lagi projek untuk kementeriannya.

Tambah beliau, dua projek khas untuk Jabatan Perdana Menteri akan dilaksanakan dalam pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak dan Projek Membaikpulih dan menaik taraf Masjid Negara bagi Fasa.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu bakal membantu sektor pendidikan negara dalam melahirkan graduan tahfiz Al-Quran dan pengajian Islam serta pemantapan syiar Islam selain memelihara bangunan ikonik warisan negara.

“SST lain yang diserahkan hari ini bagi dua projek Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibina di Hospital Kuarters Pulau Pinang serta membina Klinik Kesihatan (Jenis 5) dan Kuarters di Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

“Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan luar bandar bakal ditingkatkan melalui pembinaan Maktab Rendah Baine Mara (MRSM) Dungun, Terengganu dan Projek Menaktaraf Pusat Lathan Kemas (PLK) Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

“Projek-projek milik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di meliputi bangunan, fasiliti baharu, gelanggang riadah, pembekalan peralatan serta peningkatan taraf sistem-sistem infrastruktur luaran bangunan khusus untuk warga pendidik dan pelajar,” katanya. – MalaysiaGazette