UMNO Supreme Council Meeting Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO General Assembly MKN SOP
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan telah meluluskan permohonan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Acara tahunan UMNO itu akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau berbincang dengan MKN minggu lepas dan mendapat surat kelulusan pada 19 Mac lalu.

“Terima kasih,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, UMNO akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu 50 peratus kapasiti premis.

Selain itu, tambahnya, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan lain-lain tentu akan dipatuhi, – MalaysiaGazette