Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap kepada media berkaitan Op Ekzos Bising di Dewan Theathrette, Menara 1, Bukit Aman. Foto MOHD ADZLAN, 23 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – “Saya mempunyai senarai nama para pegawai dan anggota yang terlibat kartel Polis Diraja Malaysia tetapi tidak akan mendedahkannya”.

Itu pendedahan terbaharu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador apabila ditanya mengenai tindakan ke atas mereka yang terlibat.

Beliau bagaimanapun tidak memilih untuk mendedahkan identiti pegawai terlibat kartel PDRM itu kerana situasi masih terkawal dan masih boleh ditangani.

“Saya ada maklumat sahih mengenai identiti kesemua pegawai yang berkomplot mencemarkan imj saya dalam PDRM.

“Saya mendedahkan isu ini sekarang kerana saya mahu mereka tahu bahawa saya sedia maklum segala yang sedang berlaku (komplot jahat kartel PDRM),” katanya dalam sidang media Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di sini.

Abdul Hamid mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak ada masalah dengan pegawai yang mempunyai cita-cita untuk maju ke tahap tinggi dalam PDRM seperti menjadi Ketua Polis Negara atau Pengarah Jabatan di Bukit Aman.

Namun katanya, masalahnya itu tercetus apabila cita-cita mereka (kartel PDRM) ini dipengaruhi unsur atau amalan tidak sihat.

Malah, mereka sentiasa dinasihati untuk menghentikan segera perbuatan itu.

“Kalau cita-cita dia untuk memajukan dan mendisiplinkan PDRM supaya disegani ramai, itu saya gembira dan sokong sepenuhnya.

“Jika nak jadi KPN itu tak ada masalah tapi buatlah dengan cara yang sihat dan ikhlas tetapi bukan demi kepentingan peribadi anda.

“Semua kena faham, saya bukan mendedahkan perkara ini sekarang untuk melobi penyambungan kontrak saya sebagai KPN.

“Selepas menggantung baju biru ini, saya akan jadi pekebun kerana itu impian lama saya. Ini bukan untuk menguji kedudukan pasaran bagi melanjutkan kontrak saya (tamat Mei ini), saya hanya manusia biasa yang ada maruah diri.

“Saya manusia biasa yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi PDRM ke arah kecemerlangan di mata dunia, jadi saya berdiri di sini untuk menjelaskan kebenaran,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa terkilan kerana sewaktu kepimpinan bekas-bekas ketua polis negara yang lalu, permasalahan kartel yang lama bermaharajalela dalam PDRM ini tidak dibangkitkan kepada media.

Beliau tidak menolak kemungkinan mereka takut atau ditakutkan.

Tambah beliau, sepanjang kepimpinannya lebih 100 pegawai telah diambil tindakan dan memakai baju jingga (didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Abdul Hamid berkata, mereka yang didakwa tidak guna menyesal sekarang kerana mereka sudah lama lagi diberi amaran dan peringatan tegas supaya menghentikan segala perbuatan tidak sihat,”katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Saya mempunyai senarai nama para pegawai dan anggota yang terlibat kartel Polis Diraja Malaysia tetapi tidak akan mendedahkannya”.

    Itu pendedahan terbaharu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador apabila ditanya mengenai tindakan ke atas mereka yang terlibat.

    :itu pendedahan ketua polis negara tapi taknaj mendedahkan..
    aduh makin pening kpn ni

Comments are closed.