Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memberi lebih banyak perhatian kepada sektor-sektor yang terjejas semasa pandemik seperti pelancongan dan peruncitan ketika ini.

Manakala bagi pengenalan cukai baharu pula, kerajaan akan menunggu sehingga ekonomi benar-benar pulih sebelum mempertimbangkan perkara tersebut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai kepenggunaan tetapi memutuskan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu.

“Selepas ekonomi pulih, kita memang perlu untuk melihat semula kepada usaha meluaskan perolehan kerajaan,” katanya semasa ditemubual oleh Bloomberg Television hari ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. His name actually Datuk Sri Tengku Zafrul Aziz, Datuk Sri is a title not his name.

Comments are closed.