Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib

KUALA LUMPUR – Seorang guru praktikal sebuah tadika yang didakwa mencampak anak murid telah dikenalpasti identitinya dan dipanggil polis untuk diambil keterangan untuk membantu penyiasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib juga mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Kebun, Klang dekat sini hari ini.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)Akta Kanak Kanak 2001.

“Saya sahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak malang itu dan kertas siasatan telah dibuka selepas laporan polis diterima dari ibu mangsa dicampak guru tadika itu.

“Siasatan dalam tindakan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam dan identiti guru telah dikenalpasti, dipanggil untuk memberi keterangan membantu siasatan polis,” katanya hari ini.

Tambah Baharuddin, jika disabit dengan kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Video insiden kanak-kanak dicampak guru tadika terbabit ketika mengajar dalam bilik darjah sambil diperhatikan murid-murid lain tular dalam media sosial.

Ia menerima kecaman dan kritikan netizen yang menasihatkan bahawa guru wanita itu lebih baik berhenti kerja sekiranya tidak dapat menerima kerenah budak kecil dalam bilik darjah.

Ada juga netizen yang mengikuti perkembangan insiden itu tidak mahu disebabkan perbuatan guru itu semua guru dan pengurusan sekolah dipersalahkan umpama setitik nila habis rosak susu sebelanga.

Difahamkan suspek tidak dibenarkan mengajar dan telah diberhentikan pengurusan tadika itu serta merta hari ini selepas insiden yang berlaku.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.