Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut bukan hanya dari Majlis Kerja Tertinggi tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 di PWTC hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, semua ahli UMNO sedar bahawa Bersatu tidak mendapat dukungan rakyat sepenuhnya, dan tidak mempunyai sokongan akar umbi.

“Namun, hasrat ular lidi untuk menelan ular sawa terus dipergiatkan tanpa henti. Termasuklah muslihat politik ketika kita menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah. Waspadalah! Muslihat mereka tidak akan berhenti selagi UMNO tidak hancur.

“Penolakan akar umbi telah pun diterjemahkan melalui usul yang diluluskan di 124 Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian. Malah, 147 daripada 191 Ketua-Ketua UMNO Bahagian turut bersetuju menolak kerjasama tersebut.

“Anehnya, ada pula gerakan yang kemudiannya disusun untuk mengubah keputusan besar parti. Kita tahu siapa mereka. Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Esok semua Menteri dr Umno letaklah jawatan. Sebab sekarang pn kerajaan tak berfungsi. Tak ada kesan pn pd kerajaan PH walaupn majoriti tak ada sbb masih dlm daurat.

  2. Firman Allah S.W.T:

    وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

    “Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Dan janganlah kamu bertelingkahan sesama kamu, nanti kamu gagal dan hilanglah kekuatanmu. Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

    (al-Anfal: 46)

Comments are closed.