safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

TAIPING –  Gara-gara terperdaya dengan ayat manis lelaki Nigeria di Instagram, seorang suri rumah sanggup menyerahkan wang i-Sinar miliknya kepada suspek.

Perbuatan wanita berusia 44 tahun itu terbongkar selepas rancangannya mahu melarikan diri dengan lelaki berkenaan disedari ibu mertua serta suaminya.

Sumber MalaysiaGazette memberitahu, wanita berkenaan berkenalan dengan suspek pada awal Februari lalu menerusi Instagram.

Katanya, selepas sebulan menjalinkan cinta dengan lelaki yang mendakwa dari negara Brunei itu mangsa menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah hampir RM10,000.

“Wanita itu tidak tahu dia menjadi mangsa Love Scam sehingga rancangannya mahu melarikan diri diketahui ahli keluarga semalam sebelum tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menyerahkan wang i-Sinar kepada suspek akibat terpedaya dengan janji manisnya.

“Siasatan lanjut juga mendapati mangsa mendakwa hubungannya dengan suami dingin menyebabkan dia menjalinkan percintaan dengan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah sumber, pihak polis kini dalam usaha mengesan suspek serta keldai akaun yang digunakan bagi memperdaya mangsa.

“Kita juga ingin nasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan janji manis individu dikenali menerusi media sosial,” ujar sumber. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast