KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa sedih dengan sikap partinya yang didakwa mengisytiharkan perpecahan demi perpecahan.
“Biar apa pun reaksi yang cuba ditunjukkan,hati kecil saya tetap merasa pilu dan sedih menatapi kenyataan dua parti politik Melayu memperbaharui iltizam mengikat kerjasama kearah PRU-15 sementara parti saya sendiri mengisytiharkan perpecahan demi perpecahan.
“Mereka begitu konsisten berjuang dan meletakkan agenda penyatuan di hadapan.Nada yang dulunya digarap bersama satu ketika dulu,” katanya dalam status di media sosialnya hari ini.
Dua parti yang memperbaharui iltizam itu merujuk kepada kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
“Apa pun saya tidak akan berputus asa. Dengan saki baki kudrat yg masih ada,saya istiqamah berjuang atas paksi membawa UMNO dalam jajaran asal berpaksikan penyatuan parti parti Melayu bersama parti sahabat yang lain untuk menentang PH (Pakatan Harapan) dan yang bersama mereka,” katanya.
Menurut Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, hubungan baik dan gerak perjuangan akan diteruskan dengan semua 13 parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
“Tidak mungkin bergerak sendirian, apa lagi bertempur sesama parti Melayu yang hanya menguntungkan parti sosialis, DAP dan liberalis, PKR. Insya Allah kita terus berjuang,” katanya.
Sebelum itu, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu selain PKR dan DAP dalam PRU-15.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan antara pemimpin UMNO yang dikriti hebat oleh pimpinan dan perwakilan partinya kerana menganggapnya pro Bersatu di dalam parti.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Muhyiddin, Hadi bertemu: Tolak jajaran baharu, rangka strategi hadapi PRU15
Kepada:
YB. Tan Seri Annuar Musa.
Teruskan berjuang kerana Allah SWT dan nawaitukan berjuang untuk “menolong agama Allah”, berpaksikan kepada:
JANJI اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ
.وَلَيَنصُرَنَّ اللَّه مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّه لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Artinya : “Sesungguhnya اللَّه pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya اللَّه benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa,”. [Surah Al Hajj : 40].
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّه يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Artinya : “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) اللَّه, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”. [Surah. Muhammad : 7].
dan juga:
Firman اللَّه سُبْحَـٰنَهُۥ وَتَعَـٰلَىٰ
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّه جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّه عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّه لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Yang maksudnya:
“Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali اللَّه (syariat اللَّه) agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya). Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali اللَّه (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat اللَّه اkamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu اللَّه di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat اللَّه itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu اللَّه selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah اللَّه menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.”. [Surah Aal-i-Imran, 3 : 103].
>.
Amno ni memang hipokrit.Konon demi bangsa dan agama.Nah lihat lah sekarang perangai puak ni.Yang nak di jatuhkan adalah parti yg dipimpin oleh bangsa Melayu dan beragama Islam.Ironi nya Amno juga adalah sebahagian dari kerajaan sekarang.Jadi apa sebenarnya perjuangan Amno ni?
Dh pemimpin2 dia bnyak skandal rasuah n gila kuasa. Kata2 “Demi bangsa dan agama” hanya siulan mulut je.
Musibat punya Anuar Musa..ko pergi lah masuk Bersatu kalau ko dah benci sangat dgn UMNO baruah…ko duk dlm UMNO ko boleh plak sokong katak2 pengkhianat yg tikam UMNO dlm Bersatu tu ya..ko boleh cium mulut plak dgn Tok Pa katak musibat tu yer…ko jd Menteri pun atas tiket UMNo lah bebal…