Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pejabat Satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Cameron Highlands dan Manjung akan memulakan operasi masing-masing mulai 1 April dan 5 April ini.

Menurut kenyataan LHDNM, Pejabat Satelit Cameron Highlands merupakan pejabat LHDNM terbaharu yang dibuka manakala Pejabat Satelit Manjung pula merupakan Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang dinaik taraf kepada sebuah Pejabat Satelit.

Pejabat Satelit LHDNM berfungsi sebagai pusat sehenti yang terletak di luar kawasan cawangan utama dengan tujuan untuk mendekatkan perkhidmatan LHDNM kepada pembayar cukai/pelanggan.

Pejabat Satelit Cameron Highlands berada di bawah seliaan LHDNM Cawangan Raub manakala Pejabat Satelit Manjung pula berada di bawah seliaan LHDNM Cawangan Taiping.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah, Percukaian, Duti Setem, Bantuan Khas Kerajaan serta Perkhidmatan ezHasil melalui MyTax.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) serta HASiL Live Chat atau menghantar Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM atau di pautan pantas di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/ -MalaysiaGazette

Maklumat Pejabat Satelit Cameron Highlands dan Taiping.