Dalam perjalanan Abdul Hafiz Md Daud, 73, turut menolak basikalnya akibat keletihan di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.

Abdul Hafiz Md Daud, 73, yang berasal dari New Delhi, India. Beliau telah meninggalkan negara kelahirannya itu sejak tahun 1960 dan mengikuti ayahnya ke Malaysia ketika beliau masih berusia 12 tahun.

“Saya sudah mula berniaga roti pada tahun 1965, mengikut ayah. Ketika itu saya berumur 17 tahun.” Abdul Hafiz bercakap ketika ditemubual mengenai pekerjaannya sebagai penjual roti bergerak, atau pun dikenali sebagai “Babu Roti”.

Oleh kerana arus permodenan berlaku, beliau mula menunggang motosikal untuk menjalankan pekerjaannya tetapi hanya buat seketika. Setelah 8 tahun beliau menunggang motosikal, beliau mengalami masalah jantung dan doktor menasihati Abdul Hafiz supaya berhenti menunggang motosikal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kemudian bagi meneruskan kehidupan, Abdul Hafiz menggunakan semula teknik berbasikal untuk menjual roti.

Tambah Abdul Hafiz, “Sekarang saya hanya boleh dapat lebih kurang dalam RM50 saja sehari, disebabkan Covid-19. Pelebih kurang berbanding waktu sebelum ini.”

Abdul Hafiz akan memulakan perniagaannya setiap hari pada pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi untuk sesi pagi dan memulakan semula perniagaannya pada pukul 4.30 petang hingga 7 petang di PPR Pekan Batu, Sentul, Kuala Lumpur.

Abdul Hafiz Md Daud, 73, duduk berehat sambil minum segelas air sebelum memulakan sesi petang sebagai penjual roti di Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Pelbagai jenis roti yang dibungkus diikat oleh Abdul Hafiz Md Daud, 73, pada basikal miliknya untuk dijual di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Abdul Hafiz Md Daud, 73, bersama basikalnya yang digunakan untuk mencari rezeki dengan menjual roti di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Abdul Hafiz Md Daud, 73, memberikan bungkusan roti yang dijual olehnya kepada penduduk di PPR Pekan Batu, Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Sementara menunggu penduduk membeli rotinya, Abdul Hafiz Md Daud, 73, berehat sambil minum air selepas penat mengayuh di PPR Pekan Batu, Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Abdul Hafiz Md Daud, 73, mengayuh basikalnya untuk menjual roti di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Restoran menjadi salah satu tempat pertama Abdul Hafiz Md Daud, 73, meletakkan roti yang dijualnya sebagai rutin hariannya di sekitar kawasan Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Botol air yang menjadi kebiasaan Abdul Hafiz Md Daud, 73, dibawa semasa melakukan pekerjaannya sebagai penjual roti di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Abdul Hafiz Md Daud, 73, mengayuh basikalnya untuk menjual roti di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Abdul Hafiz Md Daud, 73, menunaikan solat fardhu zohor sebelum memulakan sesi petang sebagai penjual roti di Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Abdul Hafiz Md Daud, 73, meluangkan masa bersembang dengan kawan serumahnya sebelum memulakan sesi petang sebagai penjual roti di Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Restoran menjadi salah satu tempat pertama Abdul Hafiz Md Daud, 73, meletakkan roti yang dijualnya sebagai rutin hariannya di sekitar kawasan Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.
Cuaca hujan tidak menghalang Abdul Hafiz Md Daud, 73, menjual roti menggunakan basikalnya di sekitar kawasan Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast