Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Fahami Ashrof Badaruddin bercakap pada sidang media mengenai desakan had umur maksimum calon ahli 65 tahun di Ibu Pejabat Gerakan 4B Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk Gabungan Generasi Baharu hari ini mendesak agar satu usaha pemerajaan kuasa legistatif bagi penyegaran demokrasi negara dilakukan.

Jurucakap Gabungan Generasi Baharu, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, mereka menuntut agar had umur calon bagi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dihadkan kepada 65 tahun sahaja.

“Ini melembapkan pembangunan ekonomi negara kerana idea-idea baru tidak ada. Jadi kami mengambil pendekatan ini merupakan satu desakan kepada mereka dan juga parti politik.

“Kami mengharapkan agar tidak ada lagi pemimpin yang ingin bertanding sebagai Ahli Parlimen atau ADUN yang berusia 65 tahun ke atas.

“Jika ada kami akan gerakan kempen secara besar-besaran dan kami tidak akan memberikan undi kepada mereka pada PRU15,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia, sebentar tadi.

Ketujuh-tujuh NGO itu adalah Gerakan Belia 4B Malaysia, Keilmuan Nasional, Gabugnan Pelajar Melayu Semanjung (GPMS), Majlis Belia India Malaysia, Majlis Belia negeri Perak, Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima).

Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Fahami Ashrof Badaruddin bercakap pada sidang media mengenai desakan had umur maksimum calon ahli 65 tahun di Ibu Pejabat Gerakan 4B Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 APRIL 2021.
Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Fahami Ashrof Badaruddin bercakap pada sidang media mengenai desakan had umur maksimum calon ahli 65 tahun di Ibu Pejabat Gerakan 4B Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 APRIL 2021.

Menurut Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia itu, langkah tersebut juga untuk mengelakkan sikap tamak untuk menjadikan kerusi itu kekal buat mana-mana calon PRU.

“Kami generasi baharu juga melihat jika jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipegang terlalu lama akan timbul perkara-perkara yang tidak sihat kerana mereka terlalu berkuasa dan berasa selesa.

“Kita tidak mahu jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN dijadikan sebagai karier seumur hidup walaupun fizikal dan mental tidak berupaya, seharusnya jawatan itu dijadikan tempat untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Aswannudin Hariffuddin berkata, dengan adanya syarat untuk tidak membenarkan calon berusia lebih 65 tahun bertanding ia akan dilihat lebih berintegriti.

Ia dilihat seiring dengan usaha untuk parti-parti politik dalam meremajakan parti masing-masing, ujarnya.

“Negara luar pun mentertawakan sistem demokrasi negara kita, disebabkan integriti itu kurang dan kita mengharapkan usaha kita ini bukan sahaja menegarakan undi 65 tapi kita nak memulihkan imej negara dengan kita mengharapkan parti politik meletakkan calon yang berintegriti.

“Kita nak lihat negara ini dipimpin oleh parti politik yang berintegriti untuk membawa negara Malaysia di persada dunia,” katanya pada sidang media sama.

Ditanya mengenai had umur calon Perdana Menteri, Fahami Ashrof berkata, syarat itu tidak termaktub kepada mana-mana calon Perdana Menteri.

“Untuk jadi calon Perdana Menteri tidak seharusnya 70 tahun dan ke atas, mereka boleh dilatih.

“Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat ketika berusia 56 tahun, jadi boleh sahaja kalau calon itu sudah berusia 50 tahun mungkin dia layak sebagai Perdana Menteri.

“Mereka sudah dilatih dalam kepimpinan pertubuhan politik atau belia, dia mampu untuk jadi Perdana Menteri.

“Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, mereka-mereka ini telah dilatih untuk menjadi pemimpin, takkan antara mereka ini tidak ada seorang yang layak untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.