Yasmin Mahmood

KUALA LUMPUR – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) mengumumkan pelantikan Datuk Yasmin Mahmood sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuatkuasa hari ini.

Yasmin memiliki pengalaman kepimpinan yang luas dalam bidang maklumat dan teknologi.

Setelah mengetuai operasi serantau dan Malaysia untuk Dell Asia Pasifik dan Microsoft Malaysia Sdn Bhd pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDeC).

Pengerusi MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, Yasmin akan mengukuhkan Lembaga Pengarah MIDF dengan pengalamannya yang luas di sektor swasta dan dalam agensi pembangunan.

”Kami mengharapkan sumbangannya terutama apabila MIDF memulakan pendigitalan produk dan perkhidmatan kami,” katanya.- MalaysiaGazette