Pusat kukurikulm Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan satu insiatif baharu menerusi program Adventure Leadership and Outdorr Reacreation Academy (AURORA).

KUALA LUMPUR – Pusat kukurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan satu insiatif baharu menerusi program Adventure Leadership and Outdorr Reacreation Academy (AURORA).

Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim berkata, program itu kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan bagi membantu meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan  pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muallim ketika menghadapi bencana banjir.

Jelasnya, melalui program yang berlansung selama dua hari ini pihak jabatan terbabit telah dilatih tentang ilmu berkaitan prinsip asas menyelamat dan morfologi sungai.

“Selain itu kemahiran menyelamat secara praktikal turut dilaksanakan dengan intensif yang memfokuskan kepada tindakan pantas dan keputusan tepat sewaktu operasi menyelamat.

Pendekatan yang digunakan dalam kursus ini amat bertepatan kerana pendedahan situasi di sungai berarus deras adalah sama dengan situasi sebenar.

“Latihan amali di kawasan berarus deras dan mencabar ini sengaja dipilih agar menyamai situasi sebenar sewaktu operasi mencari dan menyelamat dijalankan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, Mazuki berkata, pelaksanaan kursus ini mengguna pakai silibus Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia (MBOCE) dimana ia dapat membantu pihak terbabit meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka supaya dapat mempraktikkannya semula kepada masyarakat sewaktu berlaku bencana.

“Sebagai sebuah universiti pendidikan yang mempunyai sebuah akademi kepimpinan rekreasi luar yang menjadi rujukan negara, adalah amat releven untuk UPSI berkongsi dengan masyarakat agar bidang pengetahuan dapat disebar luaskan kepada semua dan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat”, jelasnya.

Pendekatan yang digunakan dalam kursus ini amat bertepatan kerana pendedahan situasi di sungai berarus deras adalah sama dengan situasi sebenar. -MalaysiaGazette

Latihan amali di kawasan berarus deras dan mencabar ini sengaja dipilih agar menyamai situasi sebenar sewaktu operasi mencari dan menyelamat dijalankan