Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan kes positif Covid-19 yang mencecah hampir 2,000 iaitu 1,854 kes hari dan mengatasi jumlah pesakit sembuh wabak itu iaitu 1,247 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 555 kes atau 29.9 peratus, diikuti Selangor sebanyak 403 kes atau 21.7 peratus dan Pulau Pinang sebanyak 176 kes atau 9.5 peratus.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 417 kes atau 75.1 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Menurutnya, peningkatan kes di Sarawak adalah disebabkan oleh pertambahan kluster-kluster dalam kalangan komuniti termasuklah rumah-rumah panjang.

“Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes adalah acara-acara
keramaian dan aktiviti-aktiviti sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, dan lain-lain acara keraian.

“Pada hari ini sahaja, Sarawak melaporkan dua kluster komuniti yang baharu iaitu Kluster Sungai Gemuan dan Kluster Disso.

“Sebanyak 58 kes (3.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan
Harapan sebanyak 25 kes, Kluster Tembok Muhasabah (13 kes), Kluster Telok Mas (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (empat kes), Kluster Tembok Sri Aman (tiga kes), Kluster Tembok Tapah (satu kes), dan Kluster DTI Sepang 2 adalah satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 169 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 kes memerlukan bantuan.

Katanya, terdapat lima kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan  tiga kes melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara.

“Sebanyak tujuh kluster baharu dilaporkan hari ini selain pada masa sama, 13 klusteri turut tamat yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kluster,” katanya. – MalaysiaGazette