MGNews: Pertukaran Pegawai Polis Ditangguh Saat Akhir Ketika Saya Bercuti – KPN

Tan Sri Abdul Hamid Bador akan berjumpa dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat untuk bagi meneruskan semula pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang telah ditangguhkan Menteri Dalam Negeri itu.

Ketua Polis Negara itu akhirnya mendedahkan dan mengesahkan bahawa berlaku campur tangan menteri yang memberi arahan menangguhkan pelantikan Ketua Polis seperti tular dalam media sosial Facebook sejak semalam.