KLANG – Suspek yang membelasah dan mengugut bunuh dua ‘bodyguard’ kerana berpuasa dikesan giat menjalankan aktiviti pinjaman wang secara haram dan perjudian.
Sindiket haram itu terbongkar susulan siasatan polis ke atas lima suspek yang terlibat dalam insiden belasah dan ugut itu selepas penahanan mereka di Klang Selatan dan Kuala Lumpur.
Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, syarikat yang menjalankan kegiatan jenayah itu adalah milik suspek utama iaitu ahli perniagaan bernama Cheung berusia 43 tahun yang direman tiga hari bermula hari ini.
Susulan tangkapan, polis melakukan serbuan di sebuah rumah milik salah seorang suspek di Klang dan menemui wang tunai US$12,500 dan 100 keping gold bar anggaran berat 100 kilogram iaitu 1kilogram setiap keping dan jumlah rampasan bernilai RM28.45 juta.
“Kita turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru milik salah seorang mangsa dan ia adalah kepunyaan syarikat kawalan keselamatan serta berlesen.
“Namun kita sedang menyiasat status lesen pistol itu,” katanya dalam sidang media khas insiden itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini.
Dalam serbuan di Bukit Tinggi Klang itu, katanya polis turut merampas lima telefon bimbit disyaki milik kesemua suspek termasuk rotan yang digunakan suspek memukul dan mencederakan mangsa.
- Dua ‘bodyguard’ dibelasah, diugut bunuh kerana berpuasa
- Belasah ‘bodyguard’: Empat suspek ditahan di Klang
- Belasah, ugut ‘bodyguard’: Suspek utama direman tiga hari
Menurut Arjunadi, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324, 298 dan 307 Kanun Keseksaan serta kertas siasatan telah dibuka dan sedang disiasat.
Malah katanya, kesemua suspek turut dilibatkan dalam sisasatan di bawah Seksyen 41 dan 5(2) Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Siasatan lanjut polis mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau tetapi hasil siasatan awal polis mendedahkan suspek terlibat dalam aktiviti haram, ah long dan judi haram.
“Kita akan menyiasat secara lebih mendalam dalam semua aspek menggunakan segala ruang seksyen yang ada membabitkan syarikat majikan itu dan sindiket kegiatan haram yang dijalankan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan kes berkaitan, beliau mengesahkan dua kejadian di dua tempat berbeza membabitkan dua mangsa yang sama.
Insiden pertama di kondominium mewah One KL Condominium Complex, Jalan Pinang pada Selasa malam manakala lokasi kedua di sebuah rumah di Batu Nilam, Bukit Tinggi Klang.
Menurut Arjunaidi, polis bertindak pantas selepas menerima aduan dari salah seorang mangsa yang berusia 26 tahun sekitar jam 4 petang.
Siasatan awal polis mendapati pengadu dan rakannya bekerja di bawah sebuah syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd., yang mana mereka telah dilantik sebagai pengawal rapat (bodyguard) kepada suspek utama (majikan) yang berusia 43 tahun itu.
“Mangsa dalam laporan itu mengadu dia dan seorang lagi rakannya menjadi mangsa dipukul majikan akibat perselisihan faham apabila mereka diarahkan majikan supaya jangan berpuasa.
“Kemudian majikan mengambil pistol kepunyaan rakan pengadu (bodyguard) dan mencerkah serta mengacu pengadu dan rakan dengan kata-kata ugutan serta hinaan sebelum pengadu dan rakan menghalami kecederaan di badan kepala dan lemhan dan sedang dirawat di Hospital Besar Klang.
“Pasukan IPD Klang Selatan berjaya mencekup keempat-empat suspek beberapa jam selepas kejadian itu termasuk suspek utama oleh polis Dang Wangi yang kini direman tiga hari hingga Sabtu ini.
“Kesemua suspek berusia lingkungan 35 hingga 47 tahun dan berjaya mendapatkan reman untuk mereka yang mana seorang direman tujuh hari Rabu 22 April ini manakala tiga lagi direman selama lima hari hingga Isnin depan,” katanya lagi.
Tegas beliau, masyarakat dinasihati supaya tidak membesarkan isu berkenaan memandangkan ia adalah insiden bersifat peribadi antara majikan dan pekerja.
“Apa yang penting di sini adalah saya nak beri penjelasan sebab kes ini sudah tular di media dan berharap masyarakat tidak membesarkan isu ini sebab ia lebih kepada isu bersifat peribadi dan terpencil bukannya dirancang,” seru beliau.-MalaysiaGazette
Klu dh menyentuh isu puasa ini bkn perkara main2 ianta melibatkam akidah kita imat Islam..
INI PERKARA SERIUS MELIBATKAN AGAMA DAN MARUAH BANGSA MELAYU
OLEH ITU TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL DENGAN SEGERA SEBELUM KEJADIAN YANG TAK DIINGINI BERLAKU
Inilah legasi yang ditinggalkan oleh kongsi2 GELAP terdahulu, ianya berkembang mekar!
Dijangkakan banyak lagi sindiket2 seperti ini sebagaimana banyaknya iklan2 along ceti haram ditepi2 dijalanraya!
Mereka dah menghina agama…. harp action bole diambil dibawah seksyen terbabit…
Brother 2org tu bodyguard menda..badan mcm badak.
Ada pistol..
Reti.ke tak jadi bodyguard n jaga senjata sendiri..
Jika diri sendiri pun xleh jaga buat apa jadi bodyguard..
Kena bedal mcm keldai x brani melawan ke..
Kena hina bab agama pun diam..
Quit la jg bodyguard..p jadi jaga..
Buqt malu bangsa n agama je meraih simpati
Padahnya pengganas PKM sekian lama dibiayai Tanah Besar China disanjung hormat sebagai warganegara tempatan kini larang ibadah puasa. Negara kecil lagi sempit DR tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens
Note: DR ratifikasi ICERD tau.