Dang Wangi District Police Chief, Assistant Commissioner Mohamad Zainal Abdullah during a news conference on Ops Sarang at Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 29 MARCH 2021 Najib Razak SOP Nasi Ayam Chee Meng chicken rice restaurant MySejahtera scan body temperature SOP violation
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asistan Komisioner Mohamad Zainal Abdullah di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki mencedera dan mengugut bunuh dua pengawal peribadi (bodyguard)  di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan Bukit Tinggi, Klang semalam direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, reman suspek utama itu yang merupakan seorang ahli perniagaan bermula hari ini sehingga 17 April ini.

“Pagi ini suspek utama berusia 43 tahun itu dipohon perintah reman untuk membantu siasatan polis.

“Majistret membenarkan suspek utama itu direman selam tiga hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan polis dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek didakwa mengacu pistol dan melakukan ugutan bunuh kepada kedua-dua mangsa itu kerana berpuasa..

Katanya, individu itu akan disiasat di bawah Seksyen 324, 506 dan 298 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu ditahan dengan kerjasama Polis Klang pada jam 8.20 malam semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk proses reman. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mengacu pistol dan membelasah orang awam merupakan kesalahan jenayah yang PALING SERIUS, maka hukuman maksimum, penjara dan rotan dilihat setimpal!

    Harap kes ini dapat dikendalikan oleh hakim2 kes jenayah yang berpengalaman sahaja!

Comments are closed.