ERBIL, Iraq – Sebuah dron menjatuhkan bahan letupan berhampiran stesen tentera Amerika Syarikat (AS) di lapangan terbang Erbil, utara Iraq lewat malam tadi, kata para pegawai Kurdish.

Tiada laporan kehilangan nyawa dilaporkan.

Ia merupakan serangan pertama dilakukan oleh dron ke atas tentera AS di Erbil ketika serangan roket bertali arus menghala ke pengkalan yang menempatkan tentera dan kedutaan di Baghdad yang mana Washington menuding jari ke arah kumpulan militan disokong Iran.

Kementerian dalam Negeri kerajaan berautonomi Kurdistan yang berpengkalan di Erbil dalam satu kenyataan berkata, dron tersebut membawa bahan letupan jenis TNT yang menyasarkan tentera AS, lapor Reuters.

Katanya, tiada individu cedera dalam serangan tersebut.

Serangan roket telah mengenai pengkalan tentera sama yang diketuai AS di kawasan Lapangan TRerbang Antarabangsa Erbil pada Februari lalu menyebabkan seorang kontraktor yang bekerja dengan tentera AS terbunuh.

Sejurus sebelum serangan di Erbil semalam, sekurang-kurangnya dua buah roket dilancarkan ke arah berhampiran sebuah pengkalan di barat bandar itu yang menempatkan tentera Turki, kata para pegawai keselamatan Iraq.

Siren di konsulat AS dibunyikan semasa serangan di lapangan terbang tersebut, kata saksi.

Turki menghantar tentera di Iraq sebagai sebahagian daripada kontijen Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sepasukan tentera telah menyerang puak pemisah Kurdish di utara.

Kumpulan militan yang disokong Iran membantah kehadiran AS dan Turki dan meminta pengundiuran sepenuhnya tentera asing.

AS sering kali bertindak dengan melakukan serangan udara ke atas kumpulan militan yang menyokong Iran di sempadan Iraq- Syria. – MalaysiaGazette