MGNews: Jangan Permainkan Isu Agama Kalau Mahu Senang – Rani Kulop

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung dua isu hangat membabitkan video iklan raya yang mempromosi judi dalam talian dan kes pukul ‘bodyguard’ berpuasa.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulop berkata, laporan tersebut dibuat susulan sebuah video berdurasi dua minit satu saat tular memaparkan aksi lakonan dan nyanyian sekumpulan individu yang mana liriknya dipercayai menggalakkan orang awam untuk berjudi.