KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Kangar, Perlis mulai Isnin, 19 April 2021 hingga dimaklumkan kelak, selepas seorang anggota cawangan tersebut didapati positif Covid-19.
Penutupan ini susulan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
Anggota KWSP tersebut kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan, manakala pengesanan kontak sedang dilaksanakan.
Pihak kementerian juga telah mengarahkan semua anggota KWSP Kangar untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga 25 April 2021 serta akan menjalani ujian swab Covid-19.
Dalam pada itu, KWSP Pekan akan dibuka semula bermula Isnin, 19 April 2021 selepas ditutup sejak 9 April 2021. – MalaysiaGazette