Asyraf berkongsi foto wajah comel adik lelakinya . Foto Instagram Asyraf Khalid.

KUALA LUMPUR – Kehadiran ahli baharu dalam keluarga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, disambut gembira dan penuh rasa syukur anak tirinya.

Anak tiri ketiga Siti iaitu Asyraf Khalid antara yang teruja dengan kehadiran adik lelakinya yang dilahirkan pada jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Berkongsi kegembiraan, Asyraf turut memuat naik foto wajah adik lelakinya di Instagram (IG) pagi tadi.

“Alhamdullillah, this morning at 6.21am, i received another baby brother. Weight at 3.84kg. Alhamdullillah, baby is healthy & everything looks great.

Congratulations Ayah & @ctdk Mak Iti. Syukur everything went smoothly for Mak iti.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti & Ayah untuk membesarkan baby yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh & anak yang berbakti pada Agama kita, keluarga kita & seluruh umat Muhammad,” tulisnya. – MalaysiaGazette