LONDON – Leicester City mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.
Kali terakhir the Foxes melangkah ke pentas akhir pada 1969 namun tewas kepada Manchester City 0-1.
Dalam aksi separuh akhir semalam, pasukan kendalian Brendan Rodgers menjinakkan Southampton 1-0 di halaman sendiri gol jaringan Kelechi Iheanacho pada minit ke-55.
Rodgers berkata, kini mereka mendapat peluang untuk mencipta satu lagi sejarah menjulang piala selepas lima dekad.
“Bola sepak itu adalah peluang mencipta memori dan kini tiba masanya untuk anak buah saya melakukan perkara itu,” katanya.
Leicester akan bertemu Chelsea yang menewaskan juara bertahan Manchester City. – MalaysiaGazette