KUALA LUMPUR – Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaan, Pemuda UMNO Negeri Perak menawarkan khidmat guaman percuma dan akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pelajar matrikulasi yang dikompaun Kementerian Kesihatan.
Faridzul Azlan Abd Shani yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar berkenaan sangat terkejut dengan tindakan saman kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tersebut.
Kehadiran pihak berkuasa tersebut sepatutnya tertumpu kepada isu lain di matrikulasi berkenaan namun sebaliknya pula yang berlaku.
Ia telah menyebabkan tekanan, gangguan emosi dan psikologi kepada mereka yang sudah 5 bulan berada di dalam kawasan asrama / kampus dan tidak dibenarkan keluar sama sekali, katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaan Pemuda UMNO Perak.
Menurutnya, pihaknya tiada niat untuk mempertahankan sesiapa atau mendakwa sesiapa dan jauh sekali hendak menghukum mana-mana pihak.
“Ccuma harapan kami, suatu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam usaha mengimbangi penggunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam menjalankan tugas dengan keadaan semasa pelajar yang berkenaan,” katanya.- MalaysiaGazette