Dr. Adham Baba

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dipercayai kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dilaporkan pengsan selepas melengkapkan suntikan dos kedua vaksin hari ini berpunca dari syncopal attack.

Ia disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

“Saya sahkan pekara ini berlaku syncopal attack. Beliau ada sejarah hypertension dan hyperlipidemia. Ada sejarah mendapat rawatan juga dan penyiasatan terhadap syncopal attack sebelum ini,” katanya.

Syncopal attack ada kaitan deengan tekanan rendah dalam badan seseorang.

Sebelum itu, wanita terbabit dikatakan mengalami sakit dada sebelum pengsan dan dirawat di bahagian zon merah hospital berkenaan selepas menerima suntikan vaksin.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Aman Rabu yang dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.- MalaysiaGazette