Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Lebih 2 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 pada 6 Mei ini bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei.

Turut menikmati bantuan khas itu, kakitangan Contract of Service, Contract for Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Para pesara kerajaan pula akan menerima RM250.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di sini berata, pemberian tersebut bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang mencabar.

Katanya, pengumuman pemberian bantuan khas itu dibuat lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata Pejabat Perdana Menteri lagi. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast