Sebuah hospital lapangan di Bangkok untuk merawat pesakit Covd-19 yang bergejala ringan. foto AP

BANGKOK – Seorang wanita warga emas meninggal dunia ketika menunggu ambulans untuk membawanya ke hospital dari kediaman dia di daerah Bang Kho Laem dekat sini.

“Terdapat tiga wanita tua tinggal di rumah itu. Semua dilaporkan positif Covid-19 dan menunggu ambulans untuk membawa mereka ke hospital,” kata laman web Drama-addict melalui Facebook.

Laman web itu berkata, kes jangkitan Covid-19 di Bangkok tinggi dan kebanyakan hospital tidak menyediakan katil.

“Sedihnya, seorang wanita meninggal dunia sebelum sempat ambulans tiba,” katanya.

Thailand berdepan dengan masalah kerana banyak warga emas terpaksa menunggu di rumah sementara katil di hospital tersedia.

Akibatnya ramai yang meninggal dunia sementara menunggu rawatan.

”Oleh kerana orang tua berisiko mengalami gejala yang teruk, kita perlu meningkatkan profesional perubatan dan ambulans untuk membawanya ke hospital secepat mungkin, sementara mereka yang mengalami gejala tidak parah harus dibawa ke hospital lapangan atau hospitel,” kata laman web itu.

Hospitel adalah hotel-hotel yang dijadikan hospital untuk merawat pesakit dengan simptom ringan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast