Seorang pesakit Covid-19 wanita dibawa ke sebuah hospital di Ahmedabad, India. foto Agensi

NEW DELHI – Gelombang kedua pandemik Covid-19 yang melanda India diunjurkan akan mencapai kemuncak pada pertengahan Mei.

Jangkaan itu dibentangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Narendra Modi dan ketua menteri dari negeri-negeri India yang paling teruk terjejas dengan pandemik.

Negeri-negeri Maharashtra dan Gujarat dan ibu kota New Delhi, negeri utara Uttar Pradesh akan menjadi hot spot utama dengan lebih daripada 190,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan setiap hari, menurut laporan media.

Ketika mencapai waktu kemuncak, kes Covid-19 harian di negara ini dijangka meningkat menjadi 500,000 dan mungkin reda antara bulan Jun dan Julai.

Uttar Pradesh dijangka mengalami kekurangan sekitar 16.752 katil hospital dengan oksigen perubatan yang dibekalkan, 3, 061 katil unit rawatan rapi, dan sekurang-kurangnya 1,538 ventilator.

Angka-angka Covid-19 terus meningkat di India setiap hari, ketika Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya untuk mengatasi keadaan yang semakin teruk.

Jumlah Covid-19 negara mencapai 16,960,172 pada hari Ahad dengan 349,691 kes baharu direkodkan dalam 24 jam terakhir.

Ini adalah hari keempat berturut-turut apabila lebih 300,000 kes didaftarkan dalam satu hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast