ROM – Zlatan Ibrahimovic sedang disiasat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berhubung dakwaan memiliki kepentingan kewangan dengan sebuah syarikat perjudian.
Laporan media di Sweden mendakwa penyerang AC Milan berusia 39 tahun itu didakwa melanggar peraturan selepas menjadi rakan kongsi dalam syarikat berkenaan.
Peraturan Disiplin UEFA menjelaskan bawah pemain bola sepak tidak boleh memiliki sebarang kepentingan kewangan dalam perjudian.
Minggu lalu, bekas penyerang Manchester United itu telah memperbaharui kontrak bersama AC Milan sehingga lebih setahun lagi.
“Penyelia disiplin dan etik UEFA hari ini dilantik untuk mengendalikan siasatan disiplin ke atas Ibrahimovic berkaitan potensi perlanggaran peraturan disiplin Uefa selepas dididakwa memiliki kepentingan dana di syarikat perjudian itu,” kata kenyataan yang sama.
Zlatan telah menghasilkan 17 gol dalm 25 penampilan bersama AC Milan musim ini.
Ibrahimovic yang pernah menggantung but dari tugas antarabangsa kembali menyertai skuad Sweden selepas lima tahun.
Sementara itu Ibrahimovic didenda £3,500 kerana terlibat pergaduhan dengan penyerang Inter Milan Romelu Lukaku semasa aksi Coppa Italia pada Januari lalu.
Lukaku juga didenda £2,600 oelh Belgium berikutan insiden itu.-MalaysiaGazette