Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengugurkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis adalah satu tindakan tepat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan Presiden parti itu menunjukkan ketegasan beliau sebagai seorang pemimpin .

Katanya, tindakan Ahmad Zahid sama ada mahu mengekalkan atau mengugurkan jawatan seseorang pemimpin tidak akan mengugat UMNO.

“Kenapa pula (UMNO tergugat)? itu menunjukkan Presiden, seorang yang tahu apa yang perlu dibuat apabila dia dicabar, dihina, dikutuk, disindir dan macam-macam lagi.

“Selama ini dia telah banyak bersabar. Kalau ikuti perkembangan ini, presiden ini sabar. Tapi sampai masa dia tak boleh lagi sabar. Kalau dia biarkan seolah-olah parti ini Presidennya lemah, tidak boleh tangani masalah dalam parti.

“Jadi saya rasa memang sudah sampai masanya Presiden menunjukkan ketegasan dalam kepimpinannya. Tiada yang salah,” katanya selepas Majlis Iftar Bersama Media dan Previu Video Raya Kumpulan Prasarana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengguguran Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang menimbulkan reaksi kurang senang UMNO negeri itu.

Pada 24 April lalu, Ahmad Zahid mengumumkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Tajuddin berkata, tindakan Ahmad Zahid tidak wajar dipersoalkan mahupun dipertikaikan atau terpulang kepada masing-masing.

“Apa nak dipertikaikan lagi? reda saja. (Keputusan) itu tiada masalah. Bukan dia melanggar peraturan atau perlembagaan parti. Itu proses biasa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Seseorang pemimpin umno yg bersabit dgn kes mahkamah mesti berundur dan meletak semua jawatan dalam parti.
    Kenapa perkara ini presiden tk laksanakan…
    Kena kt org lain semuanya dikata tindakan yg wajar dari presiden. Kena kt diri sendiri buat senyap ja.
    Porahhhh….

Comments are closed.