Ustaz Abdul Somad.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat.

Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud.

Menurut Tribunnews, wanita itu dikatakan seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur.

Laporan itu menyebut, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

“Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa,” kata Ilham Rohim yang disiarkan Kompas TV.

Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Sebelum ini tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka mencecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini.

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019.

Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast