KUALA LUMPUR – Tindakan instafamous dan pelakon baharu Nurin Afiqah, 25 yang berkongsi momen ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di ibu negara telah mengundang kecaman teruk kerana berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) tanpa pelitup muka dan penjarakan fizikal di majlis itu.
Polis telah membuka kertas siasatan berhubungkes itu setelah foto-foto majlis itu tular di Twitter.
Malah, Nurin juga memuatnaik gambar berkenaan dalam Instagram peribadinya yang turut tular di media sosial.
Penelitian dalam gambar-gambar itu mendapati segelintir tetamu tidak memakai pelitup muka, selain gagal mengamalkan penjarakan fizikal yang ditetapkan.
“Tang mana SOP nya Pensive face dkt Kelantan semua event xboleh buat, bazaar pun xde, dine-in pun x benar lagi. Mana adil-nya untuk abang burger?
Ni Majlis Berbuka Puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP? #IniTidakAdil #SelebritiInstaFemesSemuaBoleh” dakwa seorang pengikut Twitter dalam ciapanya.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah menerima aduan dan mengenal pasti penularan gambar-gambar itu di media sosial.
“Kita telah membuka kertas siasatan dan memulakan penyiasatan berkaitan isu ini.
“Setakat ini tiga orang daripada pihak penganjur telah dipanggil untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi.
“Manakala seorang dari pihak pengurusan hotel. Setakat ini empat individu telah dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya dalam mesej ringkas di sini.
Malah kata beliau, semua penganjur yang terlibat termasuk Caprice juga akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
“Kita akan merakam keterangan mereka untuk membantu siasatan polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya,
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 21A Akta 342.- MalaysiaGazette
Sila merayu kurangkan kompoun kepada para pesakit pandemic yang memerlukan banyak wang bayar rawatan perubatan ingat free jer ke?
Ibadah kuat malangnya masih belum faham tawakkal.