Gaji RM1,800 yang ditawarkan industri perhotelan gagal menarik perhatian pencari kerja.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) menggesa kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada penggiat industri pelancongan untuk mendapatkan vaksin dalam masa terdekat.

Ini bagi membolehkan sektor pelancongan bersedia untuk menerima pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah dari negara-negara yang mana rakyatnya telah
divaksin.

Presidennya, Fathir Badri Alhadad berkata, dengan itu pembukaan sempadan negara dapat dilakukan dengan kadar segera dan merancakkan kembali industri pelancongan yang seakan mati pada ketika ini.

Menurut beliau, tahap kesedaran ramai rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka masih ditahap baik apabila tidak sampai 4 jam sahaja tempahan untuk Vaksin Astrazeneca (AZ) telah mencapai had maksimum iaitu sebanyak 260,000 tempahan.

Ianya juga adalah satu menifestasi kesanggupan rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Dengan ramainya rakyat Malaysia yang akan divaksin, sektor ekonomi negara dijangka kembali pulih terutamanya sektor pelancongan.

Ini kerana dengan memiliki ‘pasport’ vaksin Covid-19 seperti Pfizer ataupun Astrazeneca, kita sepatutnya diberikan kebebasan untuk melancong didalam negara pada bila-bila masa sahaja dan tidak tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sekarang ini, ujar beliau. – MalaysiaGazette