KUALA LUMPUR – Pelakon popular Zarina Anjoulie mengesahkan dia sudah bercerai buat kali kedua dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar atau Yas.
Berita itu disahkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi perkongsian di Instagram miliknya.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai…
“Yes betul kami dah cerai terima kasih,” katanya.
Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Mac lalu setelah bercerai ketika usia perkahwinan baru mencecah lapan bulan.
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020. – MalaysiaGazette