Cheras dikategorikan kembali menjadi zon merah aktif selepas mencatatkan 43 kes aktif kebolehjangkitan Covid-19.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hampir 60 peratus atau 93 daripada 159 daerah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai zon merah setakat semalam akibat peningkatkan kes harian Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, data itu membabitkan kes bagi tempoh 14 hari antara 21 April sehingga 4 Mei 2021.

Menurutnya, lebih 65 peratus atau 61 daripada daerah zon merah itu adalah terletak di Semenanjung.

Maklumat yang dikongsikan KKM menerusi Facebook rasminya itu juga menunjukkan, semua daerah di lima negeri dan wilayah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka serta Putrajaya diklasifikasikan sebagai zon.

Hanya 12 daerah sahaja masih kekal dalam zon hijau dalam tempoh sama, iaitu lima di Semenanjung dan tujuh di Sabah.

Jumlah kes aktif yang dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh 14 hari lalu turut mencatatkan peningkatan lebih 53 peratus, daripada 25,804 pada 21 April kepada 39,490 semalam. – MalaysiaGazette