Gambar hiasan

 

MELBOURNE – Harga minyak naik hampir 1% dalam dagangan hari ini, meneruskan keuntungan semalaman yang dikaut selepas data industri mengunjurkan stok minyak Amerika Syarikat (AS) jatuh lebih daripada yang dijangkakan.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) melonjak AS$0.60 atau 0.9%, kepada AS$ 66.29 setong pada 0130 GMT, setelah naik sebanyak AS$ 66.45, tertinggi sejak 8 Mac lalu.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak AS$0.58 atau 0.8%, kepada AS$ 69.46 tong selepas menyentuh paras tertinggi lebih dari tujuh minggu kepada AS$69.64.

Kedua-dua kontrak penanda aras meningkat hampir 2% pada hari Selasa menjelang data kumpulan industri American Petroleum Institute.

Data menunjukkan stok minyak mentah susut sebanyak 7.7 juta tong dalam tempoh seminggu yang berakhir pada 30 April lalu, menurut dua sumber pasaran.

Kenaikan harga minyak hampir dua bulan disokong oleh pelaksanaan vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat dan Eropah yang mendorong penarikan semula sekatan pergerakan, sekali gus mengimbangi kemerosotan permintaan bahan bakar di India yang sedang bergelut dengan lonjakan jangkitan koronavirus. – MalaysiaGazette