ROM – Tidak sampai 30 hari dipecat oleh Tottenham Hotspurs, hasrat Jose Mourinho untuk kembali ke Itali menjadi kenyataan apabila diumumkan sebagai pengurus AS Roma bermula musim hadapan.
Mourinho, 58, akan menggantikan rakan senegaranya Paulo Fonseca yang akan meninggalkan kelab Serie A Itali pada penghujung musim ini untuk diambil alih Mourinho.
Mourinho telah dipecat di White Hart Lane 19 April lalu selepas musim hambar.
Rentetan pengumuman itu, Jose memeterai kontrak selama tiga tahun bersama juara tiga kali Serie A.
“Sokongan dan semangat peminat kelab AS Roma berjaya memujuk saya untuk menerima tugas berat ini dan saya tidak sabar memulakan karier sebagai pengurus Roma musim depan.
“Setinggi penghargaan kepada keluarga Friedkin yang memilih saya untuk menerajui kelab bersejarah ini.
“Selepas bertemu pemilik Roma, Tiago Pinto, saya mahu meneruskan legasi kelab itu,” katanya.
Mourinho pernah mengemudi Inter Milan, Chelsea, Real Madrid dan Manchester United sebelum berhijrah ke Tottenham Hotspurs.
Mourinho dipecat hanya selepas 17 bulan menguruskan skuad Spurs berikutan babak kedua musim hambar kelab North London yang tercicir enam teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Ini adalah kali pertama, Jose kalah dalam 10 perlawanan dalam satu musim. – MalaysiaGazette















