MPHS mula buka permohonan kepada penduduk setempat untuk berniaga di Bazar Ramadan dalam kawasan seliaannya.- Gambar hiasan.

Sebanyak 11,000 peniaga Bazar Ramadan di enam daerah di Selangor yang tidak akan dibenarkan beroperasi mulai Sabtu ini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal menerima bantuan RM500.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menjangkakan bantuan khas berkenaan akan disalurkan selepas Aidilfitri dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Menyedari tentang masalah yang melanda penjaja bazar Ramadan, 11,000 penjaja bazar Ramadan terjejas, kerajaan akan membantu mereka melalui bantuan RM500 menjelang selepas 1 Syawal demi membantu kesusahan akibat penutupan,” katanya.

Gelagat pengunjung yang meredah hujan untuk membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Kompleks PKNS, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 05 MEI 2021.