Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 terus melonjak tinggi kepada 4,498 hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 432,25 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,424 kes.

Katanya, ini diikuti dengan Sarawak sebanyak 750 kes, Kuala Lumpur (436) dan Johor sebanyak 327 kes.

“Perlis pula lembali mencatatkan kes harian baru sebanyak dua kes,” katanya dalam Facebook di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 3,120 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dengan 19 kematian.

Mengulas lanjut, Noor Hisham menambah, terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Sarawak, masing-masing tiga kes di Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan.

Kata beliau, kes kematian lain turut membabitkan masing-masing dua kes di Johor dan Perak, serta masing-masing satu kes di Sabah, Kedah, dan Perlis.

Menurutnya, sebanyak 20 kes melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara.

“Sebanyak 12 kluster baharu dilaporkan manakala 12 kluster tamat pada hari ini.

“Kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini melibatkan 10 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster keagamaan dan dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette