Agong decree The Perikatan Nasional (PN) government is aware of the opinion of Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah as communicated through a statement by Istana Negara on 16 June 2021.
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR -Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera regim Israel di semenanjung Gaza pada 10 Mei lau yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, serangan kejam, melampau dan keterlaluan oleh Israel itu secara terang- terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia turut mengulangi rasa kesal dengan serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera regim Israel terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lalu, serta pengusiran rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Malaysia, kata Muhyiddin, menuntut Israel segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, kekerasan secara berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya pada bulan suci Ramadan, tidak boleh diterima sama sekali dan regim itu wajib dipertanggungjawabkan.

Perdana Menteri berkata, masyarakat antabangsa tidak boleh menutup mata dan berdiam diri serta tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh regim itu.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa terutama sekali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya bertindak tegas dan mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestin.

“Masyarakat antarabangsa juga perlu bersama-sama menggembleng usaha bagi melindungi rakyat Palestin daripada tindakan ganas Israel,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam waktu-waktu sukar ini, kata Perdana Menteri, Malaysia akan sentiasa memberi sokongan padu dan mengukuhkan solidariti dengan rakyat Palestin.

Malaysia juga turut mengulangi pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1997, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, yang merupakan satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel.- MalaysiaGazette