AMMAN – Dua roket yang dilancarkan dari Gaza jatuh berhampiran Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel.
Berikutan itu, Israel mengumumkan ia menggantung operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut
Menurut Israel, Briged Al-Qassam melancarkan peluru berpandu Ayyash 250.
Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida berkata, ia merupakan kali pertama roket tersebut dilancarkan ke arah lapangan terbang yang terletak di bahagian selatan Israel, lapor Aljazeera.
Beliau berkata, peluru berpandu Ayyash 250 boleh menjangkau jarak melebih 250 kilometer dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon terletak kira-kira 220 kilometer dari Gaza.
Beliau menambah, dengan Ayyash 250, mereka memberitahu Israel: “Ini lapangan terbang anda, dan setiap lokasi dari utara Palestin hingga selatan adalah dalam jangkauan peluru berpandu kami’. – MalaysiaGazette