Mat Rempit riot lighting flare Kerajaan Gagal banner Parit Raja Batu Pahat

BATU PAHAT – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis Johor bagi membantu siasatan susulan insiden merusuh, membakar flare dan menaikan kain rentang dengan tulisan ‘Kerajaan Gagal’ yang tular sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pihak polis menerima beberapa panggilan telefon mulai jam 12 pagi hingga 1 pagi melaporkan aktiviti Mat Rempit di kawasan Parit Raja.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang yang sama yang digantung di jejantas Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam.

“Sehingga kini pihak polis telah menangkap satu orang lelaki (21 tahun) yang dipercayai boleh membantu siasatan polis,” katanya dihubugi ketika MalaysiaGazette hari ini.

Ismail berkata, pada jam 11.04 pagi anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon menyatakan ada satu kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ telah digantung di Jejantas Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam, Batu Pahat.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja telah pergi ke lokasi itu dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.

“Pada hari yang sama lebih kurang 7.36 malam satu laporan polis telah diterima, pengadu menyatakan semasa dia melayari satu laman sosial telah terkesan rakaman video satu perhimpunan, pembakaran flare dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’.

“Kita difahamkan pengadu juga mendapati perhimpunan tersebut tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Polis juga akan mengesan sasi baki individu yang terlibat bagi membantu siasatan terperinci, ujarnya.

Menurut Ismail, tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat, khususnya kawasan Parit Raja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 144, 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil atau berhubung segera dengan Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 ataupun IPD Batu Pahat ditalian 07-4363300. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. insiden MEMALUKAN dan MEMBUSUK TAHI malam raya….ini stigma anak2 muda yang ROSAK dadah rempit vandalisme…. KEMBALIKAN SEMULA BANTUAN KERAJAAN YANG DIAMBIL

    ini yang nak dBANGGAKAN laksana undi 18 tahun ….PRU 14 ANAK2 MUDA tertipu dgn MANIFESTO P akatan H ancing……HILANG TELOR KEMALUAN bila P unah H arapan gagal 22 bulan dan MUNAFIK AMANAH jadi amNANAH gagal…..TIADA pun bantahan SEBAB DISUMBAT RM30 cukup makan 5 tahun,…isu tol ptptn minyak pendidikan percuma akhrnya tinggal HANCING,,,syabas anak muda yang beri mandat pru 14…telanlah kencing hancing tu

    berfikir guna akal bukan nafsu

  2. SEDARLAH WAHAI ANAK2 MUDA serta dalang2nya dan talibarut..bantahan kerana larangan BERAYA..
    pengorbanan FRONTLINER dan kapasiti katil2 hospital meruncing…jangan salahkan kerajaan bila diri dan keluarga kamu terkena covid

    MALULAH pada anak2 muda PALESTIN YANG BERAYA DENGAN TITISAN DARAH SYAHID DAN AIRMATA …anak2 MUDA yang merusuh elok dihantar sebagai FRONTLINER atau medan PALESTIN sebagai skuad JIHAD FI SABILILLAH

Comments are closed.