Saturday, April 20, 2024
Home Nasional Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia

Allahyarham Datuk Seri Rizuan Ab Hamid

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Ab Hamid yang dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti Covid-19 pada 3 Mei lalu meninggal dunia malam tadi.

Berita itu dikongsi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di laman Facebook.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama2 para syuhada dan para solihin.

“Alfatihah,” katanya dalam hantaran kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut melahirkan rasa dukacita mengenai berita kematian Allahyarham Rizuan.

“Takziah kepada Tan Sri Madinah Mohamad dan keluarga Allahyarham.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Al-Fatihah, katanya.

Najib juga meminta rakyat bersama-sama mendoakan semua pesakit Covid-19 segera sembuh dan diberikan kesihatan baik. – MalaysiaGazette