KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan mengurniakan elaun diraja ke tabung kemanusiaan Palestin.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjunjung kasih kepada baginda di atas kurniaan elaun diraja selama tiga bulan di sumbangkan ke tabung #Pahang4Palestine.
“Sesungguhnya patik dan rakyat-jelata Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyanjung tinggi kurniaan ini, dan menjadi pembakar semangat dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim zionis Israel.
“Tabung kemanusiaan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang sekalian.
Tabung Kemanusiaan #Pahang4PalestineTerdahulu, Kerajaan Pahang melancarkan Tabung ‘Pahang4Palestine‘ sebagai tanda ukhwah dan solidariti Kerajaan Negeri dan rakyat Pahang, bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas oleh tindakan zalim rejim zionis Israel.
“Segala sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun atas nama Perbendaharaan Negeri Pahang melalui akaun 06010002165711 dengan rujukan Pahang4Palestine jika pindahan dilakukan melalui dalam talian.
“Manakala jika sumbangan dibuat menerusi cek boleh dibuat ke atas nama Pegawai Kewangan Negeri Pahang.
“Sumbangan anda dijamin sampai kepada rakyat Palestin “. – MalaysiaGazette