Eina Azman sudah memadam gambar memaparkan dia dan suami memegang kad bertulis “Saya telah divaksin”.

KUALA LUMPUR – Gambar pelakon, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah tular di media sosial apabila mereka didakwa memotong giliran pengambilan vaksin di salah sebuah hospital di Ipoh hari ini.

Gambar itu dimuat naik menerusi  akaun Twitter @wanieannas.

Bagaimanapun gambar tersebut sudah dipadam selepas netizen mula mempertikaikan dan mendakwa mereka memotong giliran pengambilan vaksin.

Netizen turut yang mempertikai bagaimana Eina boleh mendapatkan vaksin di hospital walaupun orang ramai mengambilnya di stadium.

Malah, pengguna media sosial juga bertanyakan sama ada Eina dan suami melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Perak.

Sehingga kini, Eina belum memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut dan pelakon itu sudah memadam gambar memaparkan dia dan suami memegang kad bertulis “Saya telah divaksin”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast