Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Cawangan Wilayah Persekutuan akan ditutup selama dua hari mulaiĀ  27 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 ((Khamis hingga Jumaat)

Penutupan sementara dilakukan bagi melaksanakan proses sanitasi dan langkah-langkah pencegahan penularan pandemik Covid-19 di seluruh premis Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara.

Sepanjang tempoh penutupan, pelanggan masih boleh berurusan dengan SKM menerusi perkhidmatan atas talian seperti :-
1. Sistem Aplikasi Atas Talian (https://apponline.skm.gov.my)
2. Sistem INFOKOP SKM (https://infokop.skm.gov.my)
3. Sistem Ekerjaya dan Pengurusan Sumber (https://ekerjaya.skm.gov.my)
4. Emel SKM (OWA) (https://webmail.skm.gov.my/owa)
– MalaysiaGazette