Pelakon Eina Azman juga pelanggan Nasi Ayam Paris.

KUALA LUMPUR – Datin Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden menerima vaksin Pusat Pemberian Vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) baru-baru ini kerana dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Jelas Pengarah Hospital HRPB Dr. Abdul Malek Osman, pasangan  itu dirujuk oleh doktor pakar yang merawat mereka kemudian dinilai menerusi penilaian pravaksinasi (PVA).

Katanya, PVA hanya boleh dilakukan di klinik-Klinik Pakar Perubatan Hospital.

Justeru Abdul Malek berkata, tidak ada isu pelakon itu dan suaminya memotong barisan untuk mendapatkan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.

“PPV HRPB hanya memberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di PPV hospital ini.

”Pemberian suntukan vaksin bagi fasa kedua telah diberi keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi.

“Kelayakan pemberian suntukan vaksin kepada pasangan tersebut berdasarkan kepada rujukan oleh sektor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbiditi yang dihadapi oleh mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Abdul Malek, PPV HRPB menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada berbagai fasiliti kesihatan sama ada dari dalam dan luar negeri Perak.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang dicetuskan netizen pada 25 Mei yang lalu, apabila Eina Azman atau Ainur Syakina Azman, 26, memuat naik gambar di Instagram memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah hospital selepas selesai disuntik vaksin.

Dakwaan itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet yang mempertikai bagaimana Eina boleh mendapatkan vaksin di hospital walaupun orang ramai mengambilnya di stadium.

Bagaimanapun, selepas itu Eina bertindak memadam hantaran terbabit.-MalaysiaGazette